Thursday, 19 November 2015

Muzium Bersejarah.

Kota Bharu Kelantan merupakan sebuah bandar yang banyak mempunyai lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang ke Kelantan. Bagi pengunjung yang ingin mengetahui berkenaan adat dan budaya masyarakat Kelantan adalah menjadi keutamaan kepada pengunjung menjelajah di segenap pelusuk bandar kota bharu yang sememangnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi pengunjung yang berhajat untuk mengunjungi bandar kota bharu terdapat tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi berikut merupakan lokasi-lokasi yang menarik di sekitar bandar kota bharu.

1)      Muzium Negeri Kelantan.


Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan Medan Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan T.I.C. . Latar belakang Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium. Tahun 1988 Bahagian dalam bangunan Muzium ini juga telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini adalah seperti berikut. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit rebana ubi makyong menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.



Kedudukan Muzium Negeri Kelantan di tengah pusat Bandar Kota Bharu.




2)      Istana Jahar.


Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar terletak di atas Lot No. 430 dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1 822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim.

Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah Masjid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pernah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota.

Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail 1920-1944 dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.

Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya Ringkasan Sejarah Kelantan : Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu Istana merupakan tempat untuk kediaman perlindungan menerima tamu mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera . Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad.


Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887 setahun selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad 11 barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.


Muzium adat Istana Jahar.




3)      Bank Kerapu.


Bank Kerapu (Muzium Perang) terletak di Kota Bahru, dan merupakan antara salah satu bangunan bersejarah sekitar bandar kota bharu. Ianya dibina oleh Mercantile Bank pada tahun 1912, di atas tanah yang di miliki oleh Nik Yusof, seorang ketua tempatan yang terkenal. Ia juga dipercayai sebagai batu pertama. Pada tahun 1941, semasa Perang Pasifik (1941-1945), tentera Jepun mendarat dekat Kota Bahru. Bank Kerapu telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai 'Kempen Tai' mereka, yang merupakan sebuah Balai Polis rahsia untuk penyelarasan perang. Setelah kejatuhan Jepun dan kedatangan British, Bank Kerapu terus berfungsi sebagai bank sehingga tahun 1992, apabila ia telah bertukar menjadi peringatan perang oleh Kelantan Perbadanan Muzium. Ia menempatkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan dan campuran alat Jepun yang digunakan semasa pendudukan, termasuk basikal Jepun. Gambar-gambar, artikel dan artifak di memorial ini boleh membawa anda kembali ke 1912 menggunakan imaginasi anda.



Bank Kerapu.



4)      Padang Merdeka Kota Bharu.



Merupakan mercu tanda bersejarah di Bandar Kota Bharu. Nama asalnya Padang Bank dan ianya telah diberi nama Padang Merdeka sempena kemerdekaan Negara yang telah dicapai pada tahun 1957. Pengunjung-pengunjung akan dapat melihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang memberi perhargaan kepada wira-wira tempatan yang telah terkorban. Padang Merdeka juga adalah tapak di mana mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut pernah digantung.



Padang Merdeka.



5)      Muzium Wau.


Muzium Wau Kelantan merupakan sebuah pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia. Muzium ini turut mempamerkan pelbagai jenis wau dari seluruh dunia. Buku-buku rujukan dan peralatan membuat wau seperti buluh kertas dan tali sebagai bahan asas pembuatan kraf tangan itu juga disediakan. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 08 Jun 2011 di pusat peranginan Pantai Sri Tujoh Tumpat Kelantan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.
Sejak berkurun wau amat rapat dengan masyarakat Kelantan malah diangkat menjadi salah satu khazanah tradisi negeri selain mak yong dikir barat kertuk dan gasing. Kebanyakan wau tradisional dikaitkan dengan asalnya dari Kelantan iaitu wau bulan wau kekek wau puyuh wau kucing wau kebayak dan jala budi yang terkenal dengan keindahan dan kehalusan buatannya. Wau kucing juga turut dipilih sebagai lambang Penerbangan Malaysia MAS . Manakala para pembuat wau yang mahir kebanyakannya dari Pantai Timur.


   

Kesenian Muzium Wau.


Untuk mengenali secara dekat berkenaan tardisi masyarakat melayu Kelantan, anda boleh berkunjung secara serentak kesemua muzium yang berada di sekitar bandar kota bharu kerana jarak di antara muzium adalah tidak jauh dan kesemuanya berada di pusat bandar kota bharu.


TATAPAN KEPADA MUZIUM KEPADA PENGUNJUNG.

No comments:

Post a Comment