Pilihan makanan di sekitar Kota Bharu.
Jika
tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya,
negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan,
kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam
lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang
ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik.
Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan
pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai
satu tarikan kepada pelancong luar.
1)
Nasi Ulam Kampung Kraftangan.
Restoran
Nasi Ulam Kampung Kraftangan mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai
makan di Kota Bharu, tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.
Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan
Kembang. Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan
sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas tetapi ia mencabar
selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.
Terletak
di dalam Kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka letaknya
rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini, restoran
tidak sukar dijejaki. Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena
nama pemiliknya Cikgu Hamid Idris 58, ia mula beroperasi di sini sejak tujuh
tahun lalu.Sehingga kini ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke
Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya. Restoran yang luas dan
selesa dengan dewan berhawa dingin dewan jamuan dan dewan Biasa, Apa yang
menarik perhatian di lokasi ini harga yang di kenakan tidaklan terlalu mahal
dan ianya amat berpatutuan. Iaitu harga pakej RM 45.00 satu meja yang boleh
memuatkan 6 orang pelanggan.
Kemeriahan nasi ulam di restoran nasi ulam Kampung Kraftangan.
2)
Nasi Kak Wok
Premis
Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang, Jalan Sultan
Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical
Centre (KBMC) - 1 kilometer dari bangunan Hotel Renaissance. Pengasasnya Arwah
Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan seorang
pengusaha nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes
ayam.
Premis
Nasi Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan
teristimewa malah layan diri sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan
kertas pembungkus nasi, walau pun begitu kelazatannya akan terungkai bila anda
menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung
,timun dan kacang panjang manakala sedikit kemasinan ayam goreng dan lembutnya
kemasaman sambal belacan perahan asam limau kasturi meneutralkan keadaan .
Premis
Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30
pagi hinggalah 5.00 petang. Harha yang dikenakan boleh dikatakan agak murah
iaitu hanya RM3.00.
Nasi Kak Wok di sebelah pagi.
3)
Maggi Ketam Indra Tomyam Pasir
Pekan.
Maggi
Ketam Indra Tomyam terletak hanya di seberang Sungai Kelantan di Kampung Pasir
Pekan, Kota Bharu. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit dari Pusat Bandar
Kota Bharu. Pertama sekali , pengunjung mestilah menaiki Jambatan Sultan Yahya
Petra I atau II, kemudian buat pusingan
U di bulatan Pasir Pekan kembali Kota Bharu. Anda akan dapat lihat sebuah
stesen minyak di kiri jalan dan lebih kurang 150 meter di hadapan anda perlu
mengambil susur keluar ke Kampung Pasir Pekan.
Pemanduan pastinya agak gelap(malam) untuk 400 meter kerana ia merupakan
jalan yang masih baru.
Apabila
melangkah masuk, sudah pastinya anda terasa nyaman dengan udara persekitaran
kerana lalulintas amatlah tenang, kerana lokasi terletak di tengah-tengah
kampung. Tambahan pula hiasan pokok pakis dan buluh hidup penuh menghiasi
laman. Bagi pengunjung yang baru pertama kali datang di harap dapat
menyesuaikan diri melihat pelanggan dengan tangan kiri kanan khusyuk menikmati
hidangan kerana ianya adalah kebiasaan.
Indra
Tomyam memulakan operasi perniagaan pada pukul 1.30 tengahari hingga 1.30 pagi
manakala hari cutinya tertakluk kepada persetujuan bersama kakitangannya.
Berkenaan dengan harga pula , untuk semangkuk berdiameter 8-9 inci maggi ketam
biasa (standard) adalah RM20 yang berisi 2 ekor ketam sederhana atau 1 ekor
ketam nipah bersaiz besar. Manakala untuk maggi ketam special pula RM25 dengan
tambahan udang saiz X ke dalam hidangan. Harga ini adalah berpatutan memandangkan
penggunaan ketam nipah yang hidup dengan citarasa dan persembahan yang baik.
Menjamu selera maggie ketam bersama keluarga.
4)
Kopitiam Kita.
Di
Kopitiam Kita, saya sukar untuk memilih. Kedai kopi ini menduduki banyak sudut
yang luas lengkap dengan berpuluh-puluh meja dan kerusi keadaan kedai terbuka
hanya pada waktu pagi sehingga 1.30 petang, tempat itu sentiasa sibuk dengan
kakitangan rutin yang disediakan untuk orang ramai sarapan
Ia
adalah sebuah kedai layan diri, anda boleh berjalan ke meja panjang dipenuhi
dengan bakul penuh dengan nasi diperoleh daripada seluruh kawasan Kota Bharu
Dari Nasi berlauk Air Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Dagang untuk Nasi Gulai dan
Nasi Lemak, sememangnya membuka selera anda.Hidangan istimewa di sini adalah
Roti Titab, iaitu roti bakar Perancis dengan penambahan dollop kelapa dan telur
jem (kaya), dan telur separuh masak untuk meningkatkan protein.
Sarapan pagi di kedai kopitiam kita.
5)
Restoran Hover.
Hover
Restoran menyajikan Nasi Sumatera atau pun nasi padang yang terkenal dari
Indonesia., sebaik sahaja anda duduk dengan selesa anda akan dihidangkan dengan
hidangan yang terdiri daripada ayam goreng kampung (5 keping setiap bahagian),
ayam kari, udang atau daging lembu, telur sambal, sayur masak lemak , bergedil
dan juga telur penyu.
Sememangnya,
nasi putih kukus akan dihidangkan dengan sedozen pinggan mangkuk supaya sedap
diletakkan di hadapan anda. Jangan bimbang kerana mereka akan mengenakan caj
kepada anda berdasarkan berapa keping ayam yang anda ambil sahaja.
Hidangan lazat di restoran Hover Kota Bharu.
Pendek
kata sekali anda mencuba makanan yang terdapat di kota bharu anda akan
merasakan kepuasan merasai makanan tradisional masyarakat Kelantan dan
pengalaman anda di kota bharu akan menjadi memori kepada anda dan seisi
keluarga.
SALAH SATU CARA PENYEDIAAN MAGGI KETAM.
How to win at the roulette wheel - Dr. Maine
ReplyDeleteI would have the perfect roulette wheel 영주 출장마사지 for you to 제주 출장샵 pick up to. This is the roulette wheel that plays at 전라북도 출장마사지 the house. When I 울산광역 출장안마 would go 당진 출장마사지 to pick up