Wednesday, 18 November 2015

Negeri Kelantan.

                                         PERCUTIAN KE KOTA BHARU KELANTAN.




        Kelantan merupakan salah satu negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, terletak di sebelah timur laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat Thailand . Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi. Dari segi Geografi negeri Kelantan terdiri daripada 10 dearah iaitu dearah Kota Bharu, dearah Pasir Mas, dearah Tumpat, dearah Pasir Putih, dearah Bachok, dearah Kuala Krai, dearah Machang, dearah Tanah Merah, dearah Jeli, dearah Gua Musang dan jajahan kecil Lojing. Mejoriti penduduk kaum terbesar di negeri ini adalah melayu iaitu sebanyak 95%, diikuti cina 3.8%, india 0.3% dan kaum-kaum lain sebanyak 0.9%.

Sebagai salah satu negeri yang berhadapan dengan Laut China Selatan, Kelantan merupakan salah satu destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Peninggalan sejarah lama zaman dan corak kehidupan seni budaya melayu tradisional yang masih utuh di amalkan oleh masyarakat melayu Kelantan pada masa kini telah mendorong kepada peningkatan pelancong dari dalam dan luar Negara untuk datang dan melihat sendiri budaya masyarakat melayu tradisional yang masih di amalkan oleh rakyat Kelantan pada masa kini.

 Kota Bharu merupakan salah satu dearah daripada 10 dearah yang terdapat dalam negeri Kelantan dan merupakan ibu negeri Kelantan. Ianya menempatkan segala pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjadi kepada nadi pertumbuhan ekonomi serta sosiobudaya masyarakat. Sebagai panduan kepada pelancong yang datang ke negeri Kelantan untuk mengenali secara dekat corak kehidupan yang di amalkan, serta dalam masa yang sama meninjau sejarah silam negeri Kelantan, dearah Kota Bharu merupakan lokasi yang tepat dan sesuai untuk di lawati kerana segala yang di inginkan oleh setiap pelancong dengan pelbagai kemudahan berada di sini. Oleh yang demikian pelancong boleh menjalankan beberapa aktiviti di sekitar Kota Bharu, walau pun ada aktiviti yang ala-ala makcik sangat, tetapi memang berbaloi semasa anda berada di negeri Kelantan. Berikut adalah list aktiviti yang boleh mengisi ruang waktu kepada pelancong sepanjang berada di dearah Kota Bharu.                   
                                                                    
                                          
    

                                                   Image result for kota bharu
                                                        Sempadan Dearah Kelantan



SELAMAT DATANG KE KELANTAN.

Sejak abad yang terawal lagi, Kelantan telah dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Land Of Gardens dan juga terkenal dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada tahun 1225, seorang penulis dari China yang bernama Chung Ju Kua pula telah menyebut Kelantan sebagai Chi Lan Tan atau Ki Lan Tan yang mana pada masa itu sedang berada di bawan naungan kerajaan Sriwijaya. Manakala pada tahun 1365 pula berdasarkan kepada sebuah syair Jawa kuno yang bertajuk Negarakertagama yang dikarang oleh Prapanca, menyebut bahawa Kelantan pada masa itu adalah sebahagian daripada Empayar Majapahit.

Menurut catatan Shen Yau (414-512) dari Dinasti Tang pula, Kelantan dikenali dengan nama Ho Lo Tan atau Kuo Lo Tan dan beliau juga turut mencatatkan bahawa Ho Lo Tan itu adalah sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu. Ptolemy juga di dalam bukunya Far East ada menyebut tempat-tempat yang bernama Kolipolis, Kalongka dan Tharra yang dipercayai adalah kawasan-kawasan yang terdapat di negeri Kelantan.


Berdasarkan kepada satu buku yang bertajuk Researches an Ptolemy’s Geography Of Eastern Asia karangan Gerini. Nama Kelantan disebut sebagai satu percantuman di antara perkataan Kolam yang bermaksud tanah dan autam yang memberi maksud sempadan. Lama kelamaan, cantuman perkataan-perkataan tersebut menjadi Kelantan.




                                              Hairaki Kesultanan Melayu Kelantan


No comments:

Post a Comment