Thursday, 19 November 2015

NOORAZLI BIN ZAKARIA.
NO, MATRIK : 236170.



PERCUTIAN KE KOTA BHARU KELANTAN.

GELANGGANG SENI.
TAMAN TENGKU ANIS.
PASAR SITI KHADIJAH.
PANTAI CAHAYA BULAN.
PASAR MALAM WAKAF CHE YEH.

Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan.

Perancangan yang fleksible dan teliti sebelum bercuti adalah sangat penting. Ia seharusnya dapat membantu mengawal bajet percutian anda agar kewangan terancang dengan baik.  Semua orang dari pelbagai lapisan dan taraf eknonomi boleh bercuti di Kelantan. Apa yang penting anda seharusnya dapat membuat perancangan yang baik, kerana perancangan yang baik itulah dapat menjadikan percutian anda sangat menyeronokkan disamping aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat kenang-kenangan.

Shopping adalah agenda wajib dan menyeronokkan jika datang ke Kelantan. Semestinya kerana terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan dan menjimatkan. Bagi mencapai kepuasan yang optimum ketika membeli belah di sini, anda hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti apakah barangan yang ingin dibeli samada pakaian, mainan kanak-kanak, cenderamata atau juga makanan. Membeli-belah di Kelantan secara purata tidak memerlukan anda memakai kad kredit. Shopping menggunakan wang tunai adalah lebih baik. Tidak perlu risau kerana semua kemudahan ATM ada di setiap kawasan.

Aktiviti yang biasa dilakukan jika bercuti adalah berkunjung ke tempat-tempat menarik. Pastikan anak anda dapat merasainya juga. Selain itu, tempat peranginan seperti pantai menjadi agenda wajib jika datang ke Kelantan. Di Kelantan khususnya dalam dearah kota bharu saja pengunjung dalam memenuhkan jadual percutian dengan segala aktiviti yang menyeronokan iaitu melawati tempat-tempat menarik pada sebelah siang hari mahu pun pada malam hari.


1)      Gelangang Seni.


Gelanggang Seni terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu. Mengamalkan konsep kesenian berpusat, ia menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah Dikir Barat, Rebana Ubi, Permainan Gasing, dan Wau Bulan. Persembahan ini kebiasaannya diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.






Sebahagian aktiviti di Gelanggang Seni.






2)      Taman Tengku Anis.


Taman Perbandaran Tengku Anis terletak lebih kurang 5km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa. Ia adalah antara tempat rekreasi yang serba moden dilengkapi kemudahan dan prasarana terkini untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung.
Selain menyediakan trek untuk berjoging Taman Perbandaran Tengku Anis turut menyediakan taman tema taman rusa, pondok -pondok rehat dan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat berekreasi pelbagai-guna. Kawasan sekitarnya yang bersih membolehkan keluarga yang berkunjung bersantai sambil menjamah juadah.




Aktiviti bersama keluarga dengan penuh keriangan di Taman Tengku Anis.




3)      Pasar Siti Khadijah.


Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, anda boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan.

Pasar Siti Khadijah dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini. Pelbagai barangan yang boleh anda dapati di pasar ini dan boleh dikatakan ia adalah serba lengkap, pasar yang mempunyai ruang yang luas iaitu tiga tingkat di mana di setiap tingkap adalah khusus untuk menjual barangan yang tertentu.

Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat. Bagi pengunjung yang belum pernah merasai beras keluaran Thailand, boleh dapatkan di sini. Beras jenama Burung Serindit daripada Thailand antara beras yang paling sedap dan tersohor yang sentiasa menjadi beras pilihan penduduk Kelantan. Malah jauh menandingi beras keluaran tempatan. Sebelum anda membeli beras ini, dinasihatkan menyuruh pekedai menimbangnya semula kerana bagi mengelakkan tersilap timbangan berat (kg) walaupun harga sama. Beras serindit wajib dibeli sebelum pulang.

Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan kering seperti keropok segera, dodol, serunding daging, kerepek, pelbagai jenis keropok, makanan segera, pelbagai kuih muih, alatan memasak, barangan plastik, rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur. Keropok yang sedap dan terlaris pada masa ini adalah keropok cap ikan mas, keropok cap ikan parang, keropok sira cap juara dan keropok segera cap dua tambang. Kualiti keropok juga berbeza antara satu sama lain.

Dari  segi harga, semua pengeluar meletakkan harga yang sama. Yang berbeza hanya rasa sahaja. Makanan kering yang ingin dibeli sangat dicadangkan untuk dibeli secara borong kerana anda akan mendapat harga yang lebih murah.

Pastikan makanan kering yang dibeli tampak segar dan masih baru supaya rasanya tidak terjejas.Selain itu, anda juga boleh mencuba kuih muih Kelantan pelbagai jenis yang dijual seperti akok, tepung pelita, puteri mandi, badak berendam, tahi itik dan banyak lagi. Mesti cuba!! Kalau tidak kempunan pulak jadinya. Untuk membeli barang makanan seperti keropok, kuih muih sangat disarankan dibeli disini. Beli secara borong untuk rakan sepejabat, saudara mara dan sahabat handai. Anda akan mendapat harga yang istimewa jika dibeli secara borong dan jangan lupa untuk tawar menawar.
Manakala tingkat 2 pula terdapatnya barangan batik, songket, tudung bawal, kain ela, kain sarung, kain pelikat, kain sembahyang, blouse, T-shirt,  kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, peralatan dapur, bunga, pasu, barang kaca, barang kemas, alat solek, pewarna tikar, barang sulaman tudung dan permainan kanak-kanak. Di sini antara syurga membeli belah bagi kaum wanita. Dari segi harganya pula bagi, ia tidaklah murah. Malah ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga yang agak mahal juga.

Kelebihan di Pasar Siti Khadijah adalah terdapat pelbagai pilihan jenis tudung dan kain, lebih banyak dari tempat lain. Anda bolehlah survey terlebih dahulu harga-harga yang ditawarkan di sini. Jika hendak membeli di tingkat 2 ini, disarankan mesti pandai mencari kedai yang benar-benar dapat memberi harga yang istimewa.

Jika penat membeli belah dan ronda-ronda pasar, boleh ke tingkat satu dimana terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan serta juadah dan kuih muih negeri Kelantan yang istimewa. Anda tidak perlu bersusah payah  mengintai kedai makan yang lain. Mencuba hidangan makanan di sini sudah cukup membuatkan anda puas.




Pasar Siti Khadijah.



4)      Pantai Cahaya Bulan.


Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja. Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu serta pelancong luar kerana ianya paling mudah diakses.

Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung. Berdekatan pantai ini terdapatnya PCB Resort dan Perdana Resort. Bagi mereka yang tinggal di resort tersebut, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.
Sepanjang perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan, anda akan bertemu dengan banyak gerai yang menjual jagung rebus Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, amatlah di alu - alukan anda datang ke sini jika menginap di sekitar Kota Bharu.




Pantai Cahaya Bulan PCB.



5)      Pasar malam Wakaf Che Yeh.


Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Ia Mempunyai keluasan suku ekar, merupakan tempat untuk membeli makanan ringan tempatan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Anda boleh saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesama sendiri.




Kemeriahan pasar malam Wakaf Che Yeh.




Untuk memngunjungi tempat-tempat menarik di Kota Bharu, Kelantan. Seharusnya anda merancang terlebih dahulu jadual harian anda semasa berada di Kota Bharu supaya ada berkesempatan untuk berkunjung ke semua tempat yang sudah tentu akan menjadi kenangan indah kepada anda dan seisi keluarga.




HIBURAN PERMAINAN REBANA UBI.
PERCUTIAN KE KOTA BHARU KELANTAN.

MAGGI KETAM
NASI ULAM
NASI KAK WOK
Pilihan makanan di sekitar Kota Bharu.



Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.


1)      Nasi Ulam Kampung Kraftangan.


Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu, tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri. Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.

Terletak di dalam Kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini, restoran tidak sukar dijejaki. Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya Cikgu Hamid Idris 58, ia mula beroperasi di sini sejak tujuh tahun lalu.Sehingga kini ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya. Restoran yang luas dan selesa dengan dewan berhawa dingin dewan jamuan dan dewan Biasa, Apa yang menarik perhatian di lokasi ini harga yang di kenakan tidaklan terlalu mahal dan ianya amat berpatutuan. Iaitu harga pakej RM 45.00 satu meja yang boleh memuatkan  6 orang pelanggan.




 Kemeriahan nasi ulam di restoran nasi ulam Kampung Kraftangan.



2)      Nasi Kak Wok


Premis Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC) - 1 kilometer dari bangunan Hotel Renaissance. Pengasasnya Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan seorang pengusaha nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes ayam.

Premis Nasi Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan teristimewa malah layan diri sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi, walau pun begitu kelazatannya akan terungkai bila anda menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung ,timun dan kacang panjang manakala sedikit kemasinan ayam goreng dan lembutnya kemasaman sambal belacan perahan asam limau kasturi meneutralkan keadaan .

Premis Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang. Harha yang dikenakan boleh dikatakan agak murah iaitu hanya RM3.00.



Nasi Kak Wok di sebelah pagi.




3)      Maggi Ketam Indra Tomyam Pasir Pekan.


Maggi Ketam Indra Tomyam terletak hanya di seberang Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit dari Pusat Bandar Kota Bharu. Pertama sekali , pengunjung mestilah menaiki Jambatan Sultan Yahya Petra I atau II,  kemudian buat pusingan U di bulatan Pasir Pekan kembali Kota Bharu. Anda akan dapat lihat sebuah stesen minyak di kiri jalan dan lebih kurang 150 meter di hadapan anda perlu mengambil susur keluar ke Kampung Pasir Pekan.  Pemanduan pastinya agak gelap(malam) untuk 400 meter kerana ia merupakan jalan yang masih baru.

Apabila melangkah masuk, sudah pastinya anda terasa nyaman dengan udara persekitaran kerana lalulintas amatlah tenang, kerana lokasi terletak di tengah-tengah kampung. Tambahan pula hiasan pokok pakis dan buluh hidup penuh menghiasi laman. Bagi pengunjung yang baru pertama kali datang di harap dapat menyesuaikan diri melihat pelanggan dengan tangan kiri kanan khusyuk menikmati hidangan kerana ianya adalah kebiasaan.

Indra Tomyam memulakan operasi perniagaan pada pukul 1.30 tengahari hingga 1.30 pagi manakala hari cutinya tertakluk kepada persetujuan bersama kakitangannya. Berkenaan dengan harga pula , untuk semangkuk berdiameter 8-9 inci maggi ketam biasa (standard) adalah RM20 yang berisi 2 ekor ketam sederhana atau 1 ekor ketam nipah bersaiz besar. Manakala untuk maggi ketam special pula RM25 dengan tambahan udang saiz X ke dalam hidangan. Harga ini adalah berpatutan memandangkan penggunaan ketam nipah yang hidup dengan citarasa dan persembahan yang baik.






Menjamu selera maggie ketam bersama keluarga.



4)      Kopitiam Kita.


Di Kopitiam Kita, saya sukar untuk memilih. Kedai kopi ini menduduki banyak sudut yang luas lengkap dengan berpuluh-puluh meja dan kerusi keadaan kedai terbuka hanya pada waktu pagi sehingga 1.30 petang, tempat itu sentiasa sibuk dengan kakitangan rutin yang disediakan untuk orang ramai sarapan

Ia adalah sebuah kedai layan diri, anda boleh berjalan ke meja panjang dipenuhi dengan bakul penuh dengan nasi diperoleh daripada seluruh kawasan Kota Bharu Dari Nasi berlauk Air Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Dagang untuk Nasi Gulai dan Nasi Lemak, sememangnya membuka selera anda.Hidangan istimewa di sini adalah Roti Titab, iaitu roti bakar Perancis dengan penambahan dollop kelapa dan telur jem (kaya), dan telur separuh masak untuk meningkatkan protein.



Sarapan pagi di kedai kopitiam kita.


5)      Restoran Hover.

Hover Restoran menyajikan Nasi Sumatera atau pun nasi padang yang terkenal dari Indonesia., sebaik sahaja anda duduk dengan selesa anda akan dihidangkan dengan hidangan yang terdiri daripada ayam goreng kampung (5 keping setiap bahagian), ayam kari, udang atau daging lembu, telur sambal, sayur masak lemak , bergedil dan juga telur penyu.

Sememangnya, nasi putih kukus akan dihidangkan dengan sedozen pinggan mangkuk supaya sedap diletakkan di hadapan anda. Jangan bimbang kerana mereka akan mengenakan caj kepada anda berdasarkan berapa keping ayam yang anda ambil sahaja.





Hidangan lazat di restoran Hover Kota Bharu.



Pendek kata sekali anda mencuba makanan yang terdapat di kota bharu anda akan merasakan kepuasan merasai makanan tradisional masyarakat Kelantan dan pengalaman anda di kota bharu akan menjadi memori kepada anda dan seisi keluarga.


SALAH SATU CARA PENYEDIAAN MAGGI KETAM.
Muzium Bersejarah.

Kota Bharu Kelantan merupakan sebuah bandar yang banyak mempunyai lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang ke Kelantan. Bagi pengunjung yang ingin mengetahui berkenaan adat dan budaya masyarakat Kelantan adalah menjadi keutamaan kepada pengunjung menjelajah di segenap pelusuk bandar kota bharu yang sememangnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi pengunjung yang berhajat untuk mengunjungi bandar kota bharu terdapat tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi berikut merupakan lokasi-lokasi yang menarik di sekitar bandar kota bharu.

1)      Muzium Negeri Kelantan.


Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan Medan Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan T.I.C. . Latar belakang Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium. Tahun 1988 Bahagian dalam bangunan Muzium ini juga telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini adalah seperti berikut. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit rebana ubi makyong menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.



Kedudukan Muzium Negeri Kelantan di tengah pusat Bandar Kota Bharu.




2)      Istana Jahar.


Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar terletak di atas Lot No. 430 dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1 822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim.

Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah Masjid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pernah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota.

Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail 1920-1944 dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.

Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya Ringkasan Sejarah Kelantan : Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu Istana merupakan tempat untuk kediaman perlindungan menerima tamu mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera . Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad.


Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887 setahun selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad 11 barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.


Muzium adat Istana Jahar.




3)      Bank Kerapu.


Bank Kerapu (Muzium Perang) terletak di Kota Bahru, dan merupakan antara salah satu bangunan bersejarah sekitar bandar kota bharu. Ianya dibina oleh Mercantile Bank pada tahun 1912, di atas tanah yang di miliki oleh Nik Yusof, seorang ketua tempatan yang terkenal. Ia juga dipercayai sebagai batu pertama. Pada tahun 1941, semasa Perang Pasifik (1941-1945), tentera Jepun mendarat dekat Kota Bahru. Bank Kerapu telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai 'Kempen Tai' mereka, yang merupakan sebuah Balai Polis rahsia untuk penyelarasan perang. Setelah kejatuhan Jepun dan kedatangan British, Bank Kerapu terus berfungsi sebagai bank sehingga tahun 1992, apabila ia telah bertukar menjadi peringatan perang oleh Kelantan Perbadanan Muzium. Ia menempatkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan dan campuran alat Jepun yang digunakan semasa pendudukan, termasuk basikal Jepun. Gambar-gambar, artikel dan artifak di memorial ini boleh membawa anda kembali ke 1912 menggunakan imaginasi anda.



Bank Kerapu.



4)      Padang Merdeka Kota Bharu.



Merupakan mercu tanda bersejarah di Bandar Kota Bharu. Nama asalnya Padang Bank dan ianya telah diberi nama Padang Merdeka sempena kemerdekaan Negara yang telah dicapai pada tahun 1957. Pengunjung-pengunjung akan dapat melihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang memberi perhargaan kepada wira-wira tempatan yang telah terkorban. Padang Merdeka juga adalah tapak di mana mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut pernah digantung.



Padang Merdeka.



5)      Muzium Wau.


Muzium Wau Kelantan merupakan sebuah pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia. Muzium ini turut mempamerkan pelbagai jenis wau dari seluruh dunia. Buku-buku rujukan dan peralatan membuat wau seperti buluh kertas dan tali sebagai bahan asas pembuatan kraf tangan itu juga disediakan. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 08 Jun 2011 di pusat peranginan Pantai Sri Tujoh Tumpat Kelantan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.
Sejak berkurun wau amat rapat dengan masyarakat Kelantan malah diangkat menjadi salah satu khazanah tradisi negeri selain mak yong dikir barat kertuk dan gasing. Kebanyakan wau tradisional dikaitkan dengan asalnya dari Kelantan iaitu wau bulan wau kekek wau puyuh wau kucing wau kebayak dan jala budi yang terkenal dengan keindahan dan kehalusan buatannya. Wau kucing juga turut dipilih sebagai lambang Penerbangan Malaysia MAS . Manakala para pembuat wau yang mahir kebanyakannya dari Pantai Timur.


   

Kesenian Muzium Wau.


Untuk mengenali secara dekat berkenaan tardisi masyarakat melayu Kelantan, anda boleh berkunjung secara serentak kesemua muzium yang berada di sekitar bandar kota bharu kerana jarak di antara muzium adalah tidak jauh dan kesemuanya berada di pusat bandar kota bharu.


TATAPAN KEPADA MUZIUM KEPADA PENGUNJUNG.

PERCUTIAN KE KOTA BHARU KELANTAN.

INFO HOTEL

Pengianapan di Kota Bharu Kelantan.

Melancong ke Kota Bharu Kelantan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi setiap individu yang belum pernah sampai ke negeri Kelantan. Banyak tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya bertandang ke negeri yang mendapat jolokan nama negeri Cik Siti Wan Kembang. Penginapan adalah suatu perkara yang wajib di ambil kira oleh setiap pelancong sekiranya melancong ke mana-mana tempat sekali pun, bagi anda yang bercadang untuk untuk melancong ke Kota Bharu Kelantan sama ada secara persendirian mahu pun bersama keluarga tempat penginapan yang selesa adalah menjadi satu keutamaan. Sebagai sebuah ibu negeri bagi negeri Kelantan, tempat penginapan yang selesa dengan kadar harga yang berpatutan senang untuk di perolihi oleh para pelancong setiap kali datang ke Kota Bharu Kelantan.

Penginapan hotel di Kelantan sememangnya menjadi kegemaran pelancong dan pelawat samaada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Hotel di sekitar bandar Kota Bharu mempunyai pebagai ciri-ciri berdasarkan citarasa, persekitaran serta keselesaan pengujung.


1)      Hotel Raudah.

Terletak di Kota Bharu Kelantan Center, Hotel Raudah terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail. Ia mempunyai sebuah restoran dengan bilik mandi peribadi dan Wi-Fi percuma. Bilik-bilik di Raudah Hotel berhawa dingin. Kemudahan-kemudahan termasuk bar mini dan pembuat teh / kopi. Kemudahan pancuran mandian air panas dan peralatan mandian juga disediakan.

Hotel ini mempunyai meja penyambut tetamu 24 jam dan menyediakan perkhidmatan fotokopi. Perkhidmatan menyeterika juga disediakan atas permintaan. Para tetamu boleh menikmati makanan mereka di restoran di lokasi. Pelbagai hidangan tempatan dan Barat yang ditawarkan. Hotel Raudah terletak dalam jarak 5 minit pemanduan dari Muzium Negeri dan 10 minit dari Pusat Dagangan Kota Bahru.






Hotel Raudah terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan stesen bas dan bangunan tabung haji. Selesa dan harga sangat berpatutan.



2)      Hotel Temenggung.

Hotel Temenggong mempunyai lokasi yang terbaik di Kota Bharu. Ia terletak di pusat membeli-belah pejalan kaki yang terkenal di bandar dan dalam jarak berjalan kaki ke semua tempat-tempat pelancongan yang popular di Kota Bharu, seperti Kampung Kraftangan, Kota Sultan Ismail, kompleks membeli belah, bank, institusi kewangan, terminal teksi, kedai makanan segera, malam pasaran dan banyak lagi.

Hotel Temenggong di Kota Bharu, Kelantan menawarkan bilik-bilik selesa yang terdiri daripada bilik standard, bilik dan bilik superior. Untuk memastikan kenyamanan semasa bercuti atau perjalanan perniagaan, bilik-bilik di Hotel  Temenggong Kota Bharu, dihiasi dengan hiasan mewah dan kemudahan moden.

Bilik standard di Hotel Temenggong di Kota Bharu, Kelantan dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, telefon dan kemudahan membuat kopi dan teh. Bilik-bilik standard di Hotel  Temenggong  Kota Bharu, Kelantan, hanya boleh memuatkan 2 orang dewasa bilik mempunyai ruang tambahan untuk katil tambahan. Ia sudah tentu selesa untuk 2 orang dewasa pada satu masa dan kembali bertenaga

Bilik deluxe ditawarkan di Hotel Temenggong Kota Bharu di Kelantan, di Pantai Timur Semenanjung adalah lebih luas kerana ia boleh memuatkan katil tambahan dan boleh memuatkan 3 orang dewasa dengan selesa. Dengan kemudahan standard asas yang sama, bilik-bilik yang lebih selesa dan mudah untuk anda yang melancong secara berkumpulan. Harga bilik adalah berpatutan dan keadaan bilik datang dengan pandangan jika hotel depan. Dengan pandangan ini, pada dasarnya tetamu boleh mengalami gaya hidup penduduk tempatan di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Ianya mempunyai outlet makanan dan minuman sendiri. Temenggong Coffee House di Hotel Temenggong di Kota Bharu, Kelantan, di Pantai Timur Semenanjung mempunyai pelbagai pilihan masakan tempatan dan Eropah kegemaran. The Coffee House adalah tempat yang selesa untuk bergaul kerana ia adalah tempat untuk makanan ringan yang lazat di oasis tropika ini. Kerusi kusyen dalam, pencahayaan yang menarik dan menjadi matang tetamu muzik sampul yang ingin menikmati minuman aman di Rumah Kopi di Temenggong Hotel Kota Bharu, Kelantan.

Tempat-tempat makan di bandar ini termasuk kedai kopi, restoran mewah dan pusat penjaja. Pusat penjaja di mana semua orang lebih suka untuk makan dibuka setiap hari sehingga lewat malam. Biasanya, kawasan ini dipenuhi dengan pelanggan dan aktiviti. Gerai-gerai makanan yang dikemas dengan pelanggan makan makanan tempatan seperti Nasi Kerabu, ayam panggang dan lain-lain lagi yang mesti cuba apabila anda berada di Kelantan.




Hotel Temenggong di tengah bandar Kota Bharu.



3)      Hotel Suria

Suria Hotel Kota Bharu, Kelantan, Malaysia adalah sebuah hotel 2-bintang yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Terletak di pusat daerah perniagaan, membeli-belah dan hiburan, Suria Hotel Kota Bharu di Pantai Timur Semenanjung adalah mudah dan dalam jarak berjalan kaki ke daerah membeli-belah, pasar makanan malam dan pengangkutan juga awam.

Suria Hotel di Kota Bharu, Kelantan, adalah sebuah hotel bajet bagi pengembara bajet yang mencari pengembaraan di bandar Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Suria Hotel Kota Bharu, Kelantan, menampung pembungkus belakang dan pengembara bajet. Suria Hotel Kota Bharu menawarkan penginapan yang selesa



Hotel Suria Kota Bharu.



4)      Hotel Perdana.

Hotel Perdana, hotel Perdana Menteri pertama di Kota Bharu telah melalui perubahan besar ke hotel mewah 5 bintang. Berdiri di tengah-tengah pusat bandar, dalam jarak berjalan kaki ke Stadium Sultan Muhammad ke - IV, strategik yang terletak dalam daerah komersial, pejabat kerajaan, kawasan membeli-belah, hospital dan tempat daya tarikan tempatan. Hotel ini hanya 15 minit memandu dari Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

Seni bina di hotel jelas memaparkan ukiran unik di mana warisan Melayu kaya disimpan hidup. Menggabungkan dengan sentuhan moden yang mewah dengan hiasan klasik, menyebarkan 2 sayap dan menawarkan 272 bilik & suite tetamu yang serba-lengkap. Sesuai untuk pengembara perniagaan atau bercuti bagi seisi keluarga, Hotel Perdana bakal menjadi mercu tanda baru dan pilihan pilihan tempat penginapan di Kota Bharu.



Hotel Perdana.



5)      Hotel Habib

Habib Hotel yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu, adalah tempat yang sesuai untuk perniagaan dan para pelancong. Menawarkan tetamu kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang tiada tandingannya.

Habib Hotel dikelilingi oleh tempat membeli-belah paling popular di bandar Kota Bharu dan juga Muzium Negeri. Pejabat-pejabat kerajaan yang kesemuanya dalam jarak berjalan kaki, di Mahkamah Tinggi, MARA, MPKB, Jabatan Pelajaran, Lembaga Tabung Haji, stadium Sultan Mahmud dan hanya 20 minit dari lapangan terbang Kota Bharu.

32 bilik tetamu dilengkapi dengan hiasan kontemporari, TV Astro dengan berita antarabangsa, filem kanak-kanak, ESPN dan Saluran TV tempatan, kemudahan membuat kopi dan teh percuma dan katil yang terbaik di bandar.

Terdapat sebuah restoran di hotel berkenaan dengan pilihan masakan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Bagi pembeli, sebuah kedai Habib Jewels dengan terkini dalam reka bentuk barang kemas dan keping berlian berkualiti boleh dibeli di prices. Ianya bersesuaian untuk perniagaan atau berseronok, menikmati perkhidmatan yang indah dan keselesaan unggul apabila anda tinggal di Habib Hotel Kota Bharu.



Hotel Habib.


Secara umumnya bagi pengunjung yang bercadang untuk melancong ke Kota Bharu Kelantan, anda tidak perlu risau akan tempat penginapan di sekitar bandar Kota Bharu kerana terdapat banyak pilihan hotel yang boleh anda membuat pilihan mengikut citarasa anda dan seisi keluarga.